Terms of sale and refunds
Terma jualan dan bayaran balik
Effective 19 November 2026 Berkuat kuasa 19 November 2026
1. Who we are Siapa kami
MotionForty Shop (www.motionforty.com/shop) is run by MotionForty PLT, registration no. 201704003122 (LLP0013248-LGN), Level 23-1, Premier Suite One Mont Kiara, No 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Every transaction in the shop is made with MotionForty PLT. Email: sales@motionforty.com.
MotionForty Shop (www.motionforty.com/shop) dikendalikan oleh MotionForty PLT, no. pendaftaran 201704003122 (LLP0013248-LGN), Level 23-1, Premier Suite One Mont Kiara, No 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Semua transaksi di kedai dibuat dengan MotionForty PLT. E-mel: sales@motionforty.com.
2. What you buy Apa yang anda beli
Our products are digital files: PDF eBooks and, where stated, Excel / Google Sheets templates. Nothing physical is posted.
Produk kami ialah fail digital: eBook PDF dan, jika dinyatakan, template Excel / Google Sheets. Tiada barang fizikal dihantar.
Each product page shows what is inside, the page count and sample pages. Please read the free samples before you buy.
Setiap halaman produk menunjukkan kandungan, bilangan muka surat dan contoh halaman. Sila baca sampel percuma sebelum membeli.
3. Prices and payment Harga dan bayaran
Prices are in Malaysian ringgit (RM) and are the full price you pay. International cards are accepted; your bank may convert the amount into your own currency at its own rate.
Harga dalam Ringgit Malaysia (RM) dan ialah harga penuh yang anda bayar. Kad antarabangsa diterima; bank anda mungkin menukar jumlah kepada mata wang anda pada kadarnya sendiri.
Payments are handled by HitPay (FPX, cards and e-wallets). We never see or keep your card or bank details.
Bayaran diproses oleh HitPay (FPX, kad dan e-dompet). Kami tidak melihat atau menyimpan butiran kad atau bank anda.
4. Delivery Penghantaran
After payment, a download link is emailed to you, usually within minutes. The link works for 7 days, with 5 downloads per file.
Selepas bayaran, pautan muat turun dihantar ke e-mel anda, biasanya dalam beberapa minit. Pautan sah 7 hari, dengan 5 muat turun bagi setiap fail.
No email after 30 minutes? Check your spam folder, then email us with your order number and we will send a new link.
Tiada e-mel selepas 30 minit? Semak folder spam, kemudian e-mel kami dengan nombor pesanan anda dan kami akan hantar pautan baharu.
5. Licence: how you may use the files Lesen: cara anda boleh guna fail
Each purchase is licensed to the original buyer for personal or internal business use on their own devices. The files are protected (printing and copying are switched off) and may carry buyer marks.
Setiap pembelian dilesenkan kepada pembeli asal untuk kegunaan peribadi atau dalaman bisnes pada peranti sendiri. Fail dilindungi (cetakan dan salinan dimatikan) dan mungkin membawa tanda pembeli.
You may not share, resell, upload, print, copy or reuse the files or their content (including to train AI models), and you may not remove their protection.
Anda tidak boleh berkongsi, menjual semula, memuat naik, mencetak, menyalin atau menggunakan semula fail atau kandungannya (termasuk untuk melatih model AI), dan tidak boleh membuang perlindungannya.
Teams, companies, trainers and schools: contact us for a multi-user licence or written permission.
Pasukan, syarikat, jurulatih dan sekolah: hubungi kami untuk lesen berbilang pengguna atau kebenaran bertulis.
The free samples may be shared complete and unchanged, as their own terms say.
Sampel percuma boleh dikongsi secara lengkap dan tidak diubah, seperti yang dinyatakan dalam terma sampel.
6. Returns and refunds Pemulangan dan bayaran balik
Because our products are digital files, we cannot take returns once a file has been downloaded, except as below.
Oleh kerana produk ialah fail digital, kami tidak menerima pemulangan selepas fail dimuat turun, kecuali seperti di bawah.
We will fix, replace or fully refund if: the file is faulty or will not open and we cannot fix it; you were charged twice for the same order; or you bought the wrong edition and have not downloaded it.
Kami akan membaiki, menggantikan atau membayar balik sepenuhnya jika: fail rosak atau tidak boleh dibuka dan kami tidak dapat membaikinya; anda dicaj dua kali untuk pesanan yang sama; atau anda tersilap edisi dan belum memuat turun.
Email us within 7 days of buying, with your order number and the problem. Refunds go back to your original payment method within 14 working days of approval.
E-mel kami dalam 7 hari selepas pembelian dengan nombor pesanan dan masalahnya. Bayaran balik dibuat ke kaedah bayaran asal dalam 14 hari bekerja selepas diluluskan.
These terms do not affect your rights under the Consumer Protection Act 1999 or other law that cannot be excluded.
Terma ini tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau undang-undang lain yang tidak boleh dikecualikan.
7. Information, not advice Maklumat, bukan nasihat
The eBooks are educational, based on public sources as of November 2026. They are not financial, tax or legal advice and do not promise any income. Platform rules, tax rules and laws change often: confirm with the platform or your own tax authority. See the Disclaimer inside each eBook.
eBook bersifat pendidikan, berdasarkan sumber awam setakat November 2026. Ia bukan nasihat kewangan, cukai atau undang-undang dan tidak menjanjikan sebarang pendapatan. Peraturan platform, cukai dan undang-undang kerap berubah: sahkan dengan platform atau pihak berkuasa cukai anda. Lihat Penafian dalam setiap eBook.
8. Your personal data Data peribadi anda
We collect your name and email only to deliver your files, send your receipt and help with your order. Payment details go to HitPay, not to us. We do not sell or share your data; orders are kept on our hosting server in Malaysia for as long as needed for accounts, tax and support. To access, correct or delete your data, email sales@motionforty.com.
Kami mengumpul nama dan e-mel anda hanya untuk menghantar fail, menghantar resit dan membantu pesanan anda. Butiran bayaran dihantar kepada HitPay, bukan kepada kami. Kami tidak menjual atau berkongsi data anda; pesanan disimpan pada pelayan hosting kami di Malaysia selama yang perlu untuk akaun, cukai dan sokongan. Untuk akses, pembetulan atau pemadaman data anda, e-mel sales@motionforty.com.
9. Other Lain-lain
We may update these terms. The terms in force on the day you buy apply to that order. These terms are governed by the laws of Malaysia.
Kami boleh mengemas kini terma ini. Terma yang berkuat kuasa pada tarikh pembelian anda terpakai kepada pesanan itu. Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.